Thursday, 26 March 2015

Tips Temuduga Pegawai Penyelidik Q41 SPA

Assalam pembaca budiman baik hati semua.

Seperti yang aku post sebelum ni dalam post sebelum ini (apa punya bahasa la kan), mari aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku interview bagi jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41 di bawah MOSTI.

Ok, bagi yang belum tahu, jika anda seorang lelaki dan dipanggil untuk interview di SPA, silalah berpakaian paling kemas dan paling hensem. Kalau boleh dapatkan blazer. Biar nampak yang kita seolah-olah adalah seorang pegawai kerajaan. Dan pakai nametag ye. Buat je nametag murah background hitam tulisan putih tu. Bagi perempuan, macam biasalah. Sopan, kemas dan color yang sesuai la untuk interview. Contoh macam gambar kat bawah ni yang aku cedok daripada website SPA jugak.



Buat pengetahuan rakan-rakan pembaca yang budiman dan baik hati, dalam interview Pegawai Penyelidik di bawah KKM,  PTD dan Penguasa Kastam aku sebelum ini, soalan pertama yang aku ditanya bukan lagi 'SILA PERKENALKAN DIRI ANDA'. Biasanya ini adalah soalan popular pertama yang akan ditanya semasa interview kan?... Haaaa..meh aku kisahkan sikit. Soalan pertama yang aku ditanya adalah 'APA PERSEDIAAN YANG ANDA BUAT SEBELUM HADIR TEMUDUGA INI?'. Hehe.. So korang agak apa jawapan yang sesuai. Masa tu macam-macam la aku jawab. Beli buku panduan memasuki perkhidmatan awam la..Membuat pembacaan di internet tentang tugas dan peranan bagi satu skim jawatan tu la.. Buat perbincangan dengan rakan-rakan yang turut sama dipanggil interview la etc etc. Pastu panel tu pun tanya balik, 'TU JE?' LAGI?'. Sambil tersenyum2 buat muka macho ensem lemak berkrim disukai ramai, 'YE, ITU SAHAJA DATUK'. Hahahaha.


Buat pengetahuan korang semua, SPA ada menyediakan KURSUS TIPS MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM secara percuma. Boleh semak di SINI. Yang mana belum join tu, sila lah ye. Free dan dapat sijil yang ditandatangani oleh Tan Sri Pengerusi SPA. Aku join kursus ni untuk persediaan interview yang seterusnya. Siap penceramah kursus tu bagitau, kalau dipanggil interview lagi oleh SPA, boleh bawa sijil ni. Satu advantage la dia kata.

sijil yang aku dapat la lepas kursus tu

Apabila ditanya berkenaan diri anda, silalah bercerita dengan confident tentang diri anda. Nama, tinggal kat mana, asal mana, background study (study apa, study kat mana - tertiary education je la - tadika semua tu tak payah cerita la), pengalaman kerja. Tu adalah apa yang aku ceritakan. Lepas tu panel tanya lagi tentang mak ayah aku. So, aku pun cerita lah mak ayah aku kat mana sekarang. Kerja diorang n bla bla bla. Dan jugak pasal adik beradik aku, apa kerja diorang segala bagai.

Juga soalan biasa yang ditanya, 'APA KELEBIHAN KAMU BERBANDING CALON LAIN?'. Selain daripada kelebihan dari segi pengalaman di tempat kerja sebelum ini, boleh la jugak cerita pasal kelebihan diri sendiri. Kira jual diri la ni. Berdisiplin, punctual bla bla bla. Bagi la contoh sikit kalau bedisiplin tu macam mana caranya. Punctual tu macam mana and so on.

Disebabkan jawatan yang aku interview tu adalah bagi skim Pegawai Penyelidik Q41, so, soalan berbentuk teknikal pun ditanya dengan banyaknya. Huhu. Berapa jenis air yang ada di makmal. Panel minta penerangan sikit tentang instrumen analitikal di makmal seperti HPLC, GC, Particle Analyzer bla bla bla. Beza bioreactor dan fermenter. Macam mana nak calibrate pH meter. Apa projek Masters yang dibuat dulu. Kenapa tak terus sambung je PhD. Projek macam mana yang aku berminat nak buat kalau dilantik kemudian etc etc etc.


antara benda yang aku ditanya - cedok dari google

Tak ada lah soalan siapa menteri tu menteri ni, siapa KSN KSU segala bagai. Visi Misi semua tu. Tak ada ok. Tapi sebenarnya panel boleh je tanya sebab masa aku pegi kursus yang aku cakap kat atas tu, panel tak ada pun diarahkan untuk tanya apa. Ikut diorang la nak tanya apa pun kan. Hehe

Last sekali, panel tanya ada apa2 info tambahan tentang aku? Apa lagi, start la jual diri balik. Hehe.. And terus sekian terima kasih. Tak bagi aku peluang pun nak tanya soalan kat diorang. Huhu. Tapi sebenarnya kita boleh je request nak tanya soalan tu. And kemudian aku salam tangan dengan diorang. Masa masuk tak salam pun. Bila keluar baru la aku salam. Hehe.

Alhamdulillah, aku diterima dan ditawarkan untuk jawatan ini. Syukur. So kepada rakan-rakan lain, selamat bertemuduga la ye. Kalau ada rezeki tak kemana. Usaha doa dan tawakkal la kepada Allah.

p/s: tips baik - selalu la bersedekah dan amalkan solat dhuha ye. InsyaAllah akan ada rezeki yang tidak kita sangka-sangka.

Chow dulu.

Wassalam






Interview SPA (Pegawai Penyelidik, Penguasa Kastam, Pegawai Tadbir dan Diplomatik)

Assalam pembaca.



Terpanggil pulak untuk share tentang interview SPA. Buat pengetahuan pembaca budiman sekalian, sepanjang hidup aku yang dah mencapai 3 series ni, baru 4 kali aku interview dengan panel SPA ni. Panggilan exam dan interview dah banyak kali sebenarnya. Macam mana aku nak mula cerita ni.....

Ok, seperti kebanyakan pencari kerja lain (yang apply SPA la - Gred 41 dan ke atas), jawatan yang biasa kena panggil adalah PTD. Skim M41 ni adalah antara skim yang agak mencabar ye dalam perkhidmatan awam. Boleh tengok kat SINI tentang PTD. 4 kali aku dipanggil exam. Yang first tahun 2008 tapi aku x pegi. Rasa best dah keje masa tu. Kali kedua tahun 2010 kalau tak silap. Pegi tapi result failed. Huhu. Kali ketiga dipanggil exam tapi aku tak pegi (x ingat sebab apa). Kali ke 4 dipanggil untuk exam secara online. Alhamdulillah.....aku lulus dan dipanggil untuk interview. Bagi tips sikit la... interview PTD pada masa aku tu lebih kepada soalan berbentuk pengetahuan am. Tugas-tugas umum PTD, PTD ada tak dalam perkhidmatan awam macam BOMBA, JKR, AGENSI MARITIM etc. Isu semasa tu confirm la. Masa tu cerita pasal banjir yang melanda negara kita baru-baru ni. Ada member aku kena lagi teruk. Dia kena tanya tentang akta kewangan yang digunapakai oleh kerajaan. Memang menggelupur la si kawan. hahahaha... Tapi tu la. Bukan  rezeki aku kot. Failed. Huhu

Exam untuk Penguasa Kastam pun aku dipanggil jugak. Alhamdulillah. Lulus dan dipanggil untuk interview. Ramai kot masa tu dipanggil. Siap ada group kat Facebook lagi. Ramai la buat discussion kat situ. Soalan2 yang ditanya, semua diorang discuss kat situ. Aku cuma jadi silent reader sahaja. Hehe.. Bleh tengok kat SINI tentang penguasa kastam. Mungkin disebabkan kelulusan aku yang bukan2 ni, ditambah lagi dengan pengetahuan pasal kastam yang tak seberapa berkenaan cukai2 negara, GST segala bagai tu, hasilnya aku failed jugak. Huhu. Bukan rezeki la tu.

Jawatan ketiga yang aku pernah kena panggil interview adalah Pegawai Penyelidik Q41 (lebih dikenali sebagai RO - Research Officer). 3 kali aku dapat panggilan interview bagi jawatan ni. Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, skim Q41 ni biasanya tiada exam, Terus interview. Yang first, jawatan RO untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kebiasaannya, interview bagi skim Q41 ni soalan lebih berbentuk teknikal. Siap tanya aku bagaimana nak calibrate micropipette. 1ml sama tak dengan 1g. Macam2 lagi la soalan teknikal. Apa projek Masters aku. Projek FYP aku. Research yang macam mana aku nak buat kalau aku diambil sebagai RO di KKM. Masa tu bleh pulak aku dengan gembiranya bercerita tentang projek kelapa sawit kan. Hahahaha.. Panel tu siap cakap lagi, 'Sepatutnya awak gi interview dengan MPOB ni'. Hahahaha. Andailah semudah itu nak cari keje kan. Apply kat MPOB tak pernahnya dapat. huhu. Hasilnya aku failed untuk RO kat KKM tu.

Interview kali kedua utk Q41 kat MOSTI. Yang ini alhamdulillah. Aku berjaya ditawarkan untuk jawatan ini. Syukur la nak. Nanti aku cerita sikit pengalaman aku interview yang ni kat post seterusnya. Ada satu lagi interview Q41 kat SPA. Sepatutnya 2 hari lepas. Tapi aku tak pegi la sebab dah dapat yang satu ni. Alhamdulillah. Bagi besar sikit peluang kepada rakan2 lain yang sedang cari kerja. At least peratusan yang dtg interview kurang la sikit kan. Hehe.

Chow dulu.

Wassalam


Monday, 16 March 2015

Assalamualaikum

Kiniku kembali. Setelah lama meninggalkan dunia blog, kini aku kembali. Mungkin sebab banyak masa yang terluang, so aku mengambil kesempatan untuk kembali ke dunia blog ini. Jumpa di lain post.