Seperti yang aku post sebelum ni dalam post sebelum ini (apa punya bahasa la kan), mari aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku interview bagi jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41 di bawah MOSTI.
Ok, bagi yang belum tahu, jika anda seorang lelaki dan dipanggil untuk interview di SPA, silalah berpakaian paling kemas dan paling hensem. Kalau boleh dapatkan blazer. Biar nampak yang kita seolah-olah adalah seorang pegawai kerajaan. Dan pakai nametag ye. Buat je nametag murah background hitam tulisan putih tu. Bagi perempuan, macam biasalah. Sopan, kemas dan color yang sesuai la untuk interview. Contoh macam gambar kat bawah ni yang aku cedok daripada website SPA jugak.
Buat pengetahuan korang semua, SPA ada menyediakan KURSUS TIPS MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM secara percuma. Boleh semak di SINI. Yang mana belum join tu, sila lah ye. Free dan dapat sijil yang ditandatangani oleh Tan Sri Pengerusi SPA. Aku join kursus ni untuk persediaan interview yang seterusnya. Siap penceramah kursus tu bagitau, kalau dipanggil interview lagi oleh SPA, boleh bawa sijil ni. Satu advantage la dia kata.
sijil yang aku dapat la lepas kursus tu |
Apabila ditanya berkenaan diri anda, silalah bercerita dengan confident tentang diri anda. Nama, tinggal kat mana, asal mana, background study (study apa, study kat mana - tertiary education je la - tadika semua tu tak payah cerita la), pengalaman kerja. Tu adalah apa yang aku ceritakan. Lepas tu panel tanya lagi tentang mak ayah aku. So, aku pun cerita lah mak ayah aku kat mana sekarang. Kerja diorang n bla bla bla. Dan jugak pasal adik beradik aku, apa kerja diorang segala bagai.
Juga soalan biasa yang ditanya, 'APA KELEBIHAN KAMU BERBANDING CALON LAIN?'. Selain daripada kelebihan dari segi pengalaman di tempat kerja sebelum ini, boleh la jugak cerita pasal kelebihan diri sendiri. Kira jual diri la ni. Berdisiplin, punctual bla bla bla. Bagi la contoh sikit kalau bedisiplin tu macam mana caranya. Punctual tu macam mana and so on.
Disebabkan jawatan yang aku interview tu adalah bagi skim Pegawai Penyelidik Q41, so, soalan berbentuk teknikal pun ditanya dengan banyaknya. Huhu. Berapa jenis air yang ada di makmal. Panel minta penerangan sikit tentang instrumen analitikal di makmal seperti HPLC, GC, Particle Analyzer bla bla bla. Beza bioreactor dan fermenter. Macam mana nak calibrate pH meter. Apa projek Masters yang dibuat dulu. Kenapa tak terus sambung je PhD. Projek macam mana yang aku berminat nak buat kalau dilantik kemudian etc etc etc.
antara benda yang aku ditanya - cedok dari google |
Tak ada lah soalan siapa menteri tu menteri ni, siapa KSN KSU segala bagai. Visi Misi semua tu. Tak ada ok. Tapi sebenarnya panel boleh je tanya sebab masa aku pegi kursus yang aku cakap kat atas tu, panel tak ada pun diarahkan untuk tanya apa. Ikut diorang la nak tanya apa pun kan. Hehe
Last sekali, panel tanya ada apa2 info tambahan tentang aku? Apa lagi, start la jual diri balik. Hehe.. And terus sekian terima kasih. Tak bagi aku peluang pun nak tanya soalan kat diorang. Huhu. Tapi sebenarnya kita boleh je request nak tanya soalan tu. And kemudian aku salam tangan dengan diorang. Masa masuk tak salam pun. Bila keluar baru la aku salam. Hehe.
Alhamdulillah, aku diterima dan ditawarkan untuk jawatan ini. Syukur. So kepada rakan-rakan lain, selamat bertemuduga la ye. Kalau ada rezeki tak kemana. Usaha doa dan tawakkal la kepada Allah.
p/s: tips baik - selalu la bersedekah dan amalkan solat dhuha ye. InsyaAllah akan ada rezeki yang tidak kita sangka-sangka.
Chow dulu.
Wassalam
Mase interview haritu , language 100% english ?
ReplyDeleteMase interview haritu , language 100% english ?
ReplyDeletemix..ada english ada malay amirul
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBoleh tnya sikit? Sy grad dlam biotek and dipanggil utk iv position q41 juga. Selalunya klu dpat dia akan tempatkan kita di kementerian yg berkenaan ke mcm mana? So skrg job scope u buat rnd la ye? Tq
ReplyDeletesalam, susah nk jumpa orang berkongsi pengalaman utk jwtn Q41 ni, saya nak tanye :
ReplyDelete1 - encik ade masters kan, utk jwtn ni, dalam yg berjaya dilantik, ade tak yang hanya ade degree? sebab saya degree je ni..agak risau jugak bila fikir nak kena bersaing dengan lain2 yg dah ade masters n phd nnti..
2- Bila ditanya, nak buat projek yg mcmne bila dilantik nnti, mcmne nak jawab kalau kita x tahu agensi tu nak fokus projek yg mcmne?
3- soalan2 teknikal yang ditanye tu encik dpt jwb semua ke ye? kalau x tahu betul2, panel terima tak kalau kita jujur je ckp tak tahu?
t.kasih