Assalam pembaca.
Terpanggil pulak untuk share tentang interview SPA. Buat pengetahuan pembaca budiman sekalian, sepanjang hidup aku yang dah mencapai 3 series ni, baru 4 kali aku interview dengan panel SPA ni. Panggilan exam dan interview dah banyak kali sebenarnya. Macam mana aku nak mula cerita ni.....
Ok, seperti kebanyakan pencari kerja lain (yang apply SPA la - Gred 41 dan ke atas), jawatan yang biasa kena panggil adalah PTD. Skim M41 ni adalah antara skim yang agak mencabar ye dalam perkhidmatan awam. Boleh tengok kat SINI tentang PTD. 4 kali aku dipanggil exam. Yang first tahun 2008 tapi aku x pegi. Rasa best dah keje masa tu. Kali kedua tahun 2010 kalau tak silap. Pegi tapi result failed. Huhu. Kali ketiga dipanggil exam tapi aku tak pegi (x ingat sebab apa). Kali ke 4 dipanggil untuk exam secara online. Alhamdulillah.....aku lulus dan dipanggil untuk interview. Bagi tips sikit la... interview PTD pada masa aku tu lebih kepada soalan berbentuk pengetahuan am. Tugas-tugas umum PTD, PTD ada tak dalam perkhidmatan awam macam BOMBA, JKR, AGENSI MARITIM etc. Isu semasa tu confirm la. Masa tu cerita pasal banjir yang melanda negara kita baru-baru ni. Ada member aku kena lagi teruk. Dia kena tanya tentang akta kewangan yang digunapakai oleh kerajaan. Memang menggelupur la si kawan. hahahaha... Tapi tu la. Bukan rezeki aku kot. Failed. Huhu
Exam untuk Penguasa Kastam pun aku dipanggil jugak. Alhamdulillah. Lulus dan dipanggil untuk interview. Ramai kot masa tu dipanggil. Siap ada group kat Facebook lagi. Ramai la buat discussion kat situ. Soalan2 yang ditanya, semua diorang discuss kat situ. Aku cuma jadi silent reader sahaja. Hehe.. Bleh tengok kat SINI tentang penguasa kastam. Mungkin disebabkan kelulusan aku yang bukan2 ni, ditambah lagi dengan pengetahuan pasal kastam yang tak seberapa berkenaan cukai2 negara, GST segala bagai tu, hasilnya aku failed jugak. Huhu. Bukan rezeki la tu.
Jawatan ketiga yang aku pernah kena panggil interview adalah Pegawai Penyelidik Q41 (lebih dikenali sebagai RO - Research Officer). 3 kali aku dapat panggilan interview bagi jawatan ni. Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, skim Q41 ni biasanya tiada exam, Terus interview. Yang first, jawatan RO untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kebiasaannya, interview bagi skim Q41 ni soalan lebih berbentuk teknikal. Siap tanya aku bagaimana nak calibrate micropipette. 1ml sama tak dengan 1g. Macam2 lagi la soalan teknikal. Apa projek Masters aku. Projek FYP aku. Research yang macam mana aku nak buat kalau aku diambil sebagai RO di KKM. Masa tu bleh pulak aku dengan gembiranya bercerita tentang projek kelapa sawit kan. Hahahaha.. Panel tu siap cakap lagi, 'Sepatutnya awak gi interview dengan MPOB ni'. Hahahaha. Andailah semudah itu nak cari keje kan. Apply kat MPOB tak pernahnya dapat. huhu. Hasilnya aku failed untuk RO kat KKM tu.
Interview kali kedua utk Q41 kat MOSTI. Yang ini alhamdulillah. Aku berjaya ditawarkan untuk jawatan ini. Syukur la nak. Nanti aku cerita sikit pengalaman aku interview yang ni kat post seterusnya. Ada satu lagi interview Q41 kat SPA. Sepatutnya 2 hari lepas. Tapi aku tak pegi la sebab dah dapat yang satu ni. Alhamdulillah. Bagi besar sikit peluang kepada rakan2 lain yang sedang cari kerja. At least peratusan yang dtg interview kurang la sikit kan. Hehe.
Chow dulu.
Wassalam
No comments:
Post a Comment