Monday, 20 April 2015

Cable / Orang dalam untuk masuk kerja kerajaan

Assalam Pembaca Budiman,

Pernah dengar tak orang cakap macam ni? 'Dia senang la dapat. Confirm dapat punya. Cable besar tu.'. 'Macam tak ada harapan je aku ni. Tak ada cable bai'. Demikianlah antara ungkapan yang biasa kedengaran bila melibatkan temuduga untuk bekerja di sektor awam.

Korang tau tak cable tu apa? Apa yang dimaksudkan sebagai cable tu? Dalam bidang pencarian kerja especially untuk sektor awam, makna cable bukan lah seperti gambar yang dicedok dari google macam kat bawah ni.. Bukan ye pambaca sekalian.




Cable yang dimaksudkan di sini adalah 'orang dalam' iaitu individu terutamanya family members yang telah sedia ada bekerja atau berkepentingan dalam sesebuah organisasi. Mengikut pengalaman aku, penggunaan cable untuk diterima bekerja dalam sektor awam (post ini mengarah kepada pekerjaan di sektor awam ye) memang berlaku. Sepertimana yang dijawab oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot pada penghujung 2014, penggunaan cable ini memang berlaku tetapi tidaklah semudah yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Antara pengalaman aku adalah apabila aku dipanggil untuk ditemuduga oleh sebuah suruhanjaya. Untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian, cable aku dalam suruhanjaya tu boleh dikatakan agak besar yang mana aku dan kedua orang rakan aku (kelulusan kami kiranya tak sesuai sebenarnya utk mengisi jawatan tersebut..wakakaka...bidang study lain terus daripada jawatan yang dipohon) telah dipanggil untuk temuduga. Aku percaya yang aku dan kedua rakan aku ni dipanggil sebab cable bapak besar wireless fibre optic segala bagai la ditambah lagi dengan surat sokongan daripada seorang menteri yang agak berpengaruh. Namun demikian, kami bertiga tak dapat jugak jawatan tu setelah ditemuduga oleh 5 orang panel tak silap aku. So, apa yang aku dapat simpulkan daripada pengalaman pertama aku ni, walau cable besar macam mana  sekalipun, kalau tu bukan rezeki ko, memang ko tak dapat jugak la jang oi...wakakakka...

Semasa aku berkhidmat dengan sebuah badan berkanun, penggunaan cable aku rasa agak meluas di tempat itu. Adik beradik, anak beranak senang-senang ko boleh jumpa kat tempat tu. Aku dapat masuk kat situ pun sebab cable jugak kot. Hahahaha. Kawan aku pun sama jugak. Dia sendiri bagitau aku yang dia pakai cable ayah dia untuk masuk ke sebuah badan berkanun yang lain. Hehe.. So, mungkin disebabkan badan berkanun ni biasanya mengambil pekerja dengan sendiri tanpa melalui SPA, jadi penggunaan cable amat penting ya di sini. Aku pernah bercerita dengan seorang pegawai yang terlibat dalam pengambilan staf baru di tempat tersebut. Dia sendiri pening sebab cable2 besar ni nak orang diorang je diterima masuk bekerja. Kalau requirement dia meet tak apa la jugak. Kalau yang tak meet requirement tu yang pening dia kata. Pegawai tu yang kata naaa..bukan aku.  Begitu juga dengan pihak berkuasa tempatan. Semua mau cable besar ooo.... Ada cable, senang.

Walaubagaimanapun, untuk memasuki sektor awam diperingkat persekutuan yang mana pengambilan dijalankan oleh pihak SPA, agak jarang aku dengar penggunaan cable dapat membantu untuk diterima bekerja. Agaknya pihak SPA agak strict dalam proses pengambilan dan pengambilan itu sendiri dijalankan secara telus. Kawan aku kalau nak kira, bapak dia memang somebody la dalam govt tu. Pun tak dapat jugak untuk jawatan yang dia pohon walaupun jawatan tu memang sama dengan jawatan bapak dia sendiri. Payah kan? Tapi tu la.. kalau dah memang rezeki kita kan, ada cable tak kisah lah fibre optic ke wireless ke, insyaAllah tak kan kemana. Alhamdulillah, tanpa penggunaan cable, aku dapat jugak ditawarkan untuk bekerja dengan sektor awam. Apa yang penting aku rasa adalah persediaan sebelum dan semasa ditemuduga. Keyakinan semasa menjawab solan dengan hujah yang baik akan memungkinkan peratusan anda untuk mendapat pekerjaan di sektor awam akan meningkat.

So, apa kesimpulan yang boleh kita buat.

1. Penggunaan cable, kalau meet requirement dan individu tu memang layak untuk sesuatu jawatan tu, bagi aku no problem. Tidak akan menjejaskan sesebuah organisasi itu.
2. Yang menjadi masalah adalah apabila seseorang yang tidak kompeten tapi diambil bekerja dalam sesuatu organisasi disebabkan ada cable / orang dalam. Dah la ko tutup periuk nasi orang yang sepatutnya layak dilantik, ko pulak bakal menjatuhkan prestasi tempat ko diterima bekerja tu sebab ko tak kompeten. Kan tak adil di situ.

Hmmm.. ok lah pembaca budiman sekalian. Setakat ni je la entri untuk kali ni. Jumpa lagi next time.

Assalam.

5 comments:

  1. Ingat org lain lah sikit,xyh nk cable2, org lain susah payah nk dpt kerja ni.
    Usaha sendiri lah,dh besar pun nk org suapkan.
    Usaha sendiri,bukan nk cable je.
    Nampak x adil lah bila org tu ade meet requirement pun klau guna cable.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnye org lain tu ingt ke kt kite😁

      Delete
    2. lol..kalau ko ada kabel pun mesti gunakan.. tambah2 zaman susah dapat kerja. uai sendiri cakap tak salah asal mmg layak dengan kelulusan

      Delete
  2. Kalo aku ada sedara mara atau kwn cam nko, mmg aku x kan mengaku la sedarah / sahabat aku. malu.....dpt org amalkan nepotism. rasa cam hina dekat dgn org mcm nko. eeeeiii....

    ReplyDelete
  3. Di Manjung...ade sebuah tmpt...yg masuk pkai cable...pemalas...hahahha

    ReplyDelete