Assalamualaikum pembaca budiman,
Lama aku tak update blog ni semenjak aku mula bekerja sebagai di agensi ni. Seriously kerja di sini sangat fun. Sangat seronok. Bekerja sebagai RO banyak kelebihan dan kekurangan jugak sebenarnya. Dari segi masa, boleh kata agak fleksibel (tapi tetap kena punch 8-5 jugak). Research plan kita yang plan sendiri kan? So if you manage your time wisely, you will get that flexibility.
Dulu aku ingatkan research di alam pekerjaan ni macam research masa kita buat final year project, master or PhD. Berbeza ya kawan2. Research masa kita di universiti agak lah terarah kepada keakademikan. So, disebabkan itu, siapa2 yang pernah melalui proses pengajian master dan PhD rasa stress. Hehe. Di sini, kita lebih berminat dengan end produk, no matter which way you choose, as long as you get what you want but.....but.....surely must be through acceptable justification. I mean the method you choose.
Di sini, kita kerja secara berkumpulan. Apabila buat sesuatu projek secara berkumpulan, projek tersebut akan lebih mudah untuk disiapkan kerana pelbagai idea daripada pelbagai level kakitangan dapat dicurahkan dan dimanipulasikan untuk kelancaran projek kita tu. Aku masih ingat betapa susahnya zaman buat master. Zaman buat keja sorang2..zaman silos. Jadi, apabila buat kerja secara berkumpulan, kita pun akan lebih fun sebab buat kerja tu bersama kawan2. Tolong-menolong, bantu-membantu.
Bab cuti, tak boleh lah nak cuti senang2 je. Yang sama dengan research di universiti, apabila research sudah berjalan, terutamanya research yang melibatkan benda hidup ni, tak boleh la senang2 nak tinggal kan? tapi bila kita pandai urus masa, so boleh la jugak urus cuti dengan gembiranya.. hehe.
Ok lah.. nak masuk lab kejap.. Ada masa aku update lagi
Isi Hati Perantau
Friday, 25 March 2016
Wednesday, 13 May 2015
13 Mei... Sejarah hitam yang kita tak mahu berulang lagi
Article ni aku petik dari assignment aku masa study dulu. Agak panjang sikit.
Peristiwa yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur ini merupakan peristiwa rusuhan kaum yang lebih tertumpu kepada kaum Melayu dan Cina yang mana kedua-dua kaum ini adalah kaum yang terbesar di Malaysia. Peristiwa 13 Mei ini merupakan rusuhan antara kaum yang paling besar dan dasyat yang pernah berlaku di Malaysia walaupun sebelum ini terdapat persengketaan kecil antara kaum seperti yang telah terjadi di Bukit Mertajam pada tahun 1964, di Kuala Lumpur pada tahun 1965 dan di Pulau Pinang pada tahun 1967.
Untuk melihat peristiwa ini dengan lebih dekat dan dalam, aku telah membuat pembacaan daripada beberapa buah buku yang yang sedikit-sebanyak dapat membantu pemahaman aku tentang peritiwa berdarah yang dapat dijadikan sebagai pedoman berharga buat keseluruhan rakyat Malaysia.
1. DASAR PIHAK KOLONIAL
Semasa penjajahan oleh pihak kolonial, British telah memperkenalkan satu dasar yang mana dasar ini telah mengasingkan ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu pada waktu itu iaitu Melayu, Cina dan India. Dasar ini dikenali sebagai dasar pecah dan perintah. Dasar ini telah membahagikan Tanah Melayu kepada beberapa bahagian mengikut kaum.
Orang Melayu dikekalkan pekerjaan mereka sebagai petani dan nelayan. Oleh sebab itu, kediaman orang Melayu lebih tertumpu di kawasan kampung dan pedalaman. Tindakan ini sekaligus menyebabkan masyarakat Melayu mempunyai taraf ekonomi yang jauh lebih rendah daripada kaum lain. Orang Cina pula yang lebih cenderung untuk berniaga menduduki kawasan-kawasan bandar dan mereka telah menubuhkan pekan-pekan Cina . Selain itu, masyarakat Cina juga menempati kawasan lombong bijih timah. Lantaran itu, taraf ekonomi masyarakat Cina adalah yang paling tinggi berbanding kaum Melayu dan India. Berbeza dengan masyarakat lain, kaum India lebih tertumpu di kawasan ladang. Memang menjadi kebiasaan setiap kaum ini untuk tinggal di kalangan kelompok mereka sendiri. Mereka berasa lebih selamat dan selesa apabila hidup dan tinggal besama-sama kerana banyak masalah seperti bahasa, makanan, agama dan aktiviti harian akan berkurangan. Dasar British ini telah mewujudkan perasaan perkauman yang agak tebal antara kaum. Walaupun tidak berlaku persengketaan, namun keharmonian antara kaum sama sekali tidak wujud pada masa itu.
Pendudukan tentera Jepun selama tiga tahun setengah dari tahun 1942 iaitu semasa Jepun menyerang Tanah Melayu hingga tahun 1945 iaitu selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua juga telah menyebabkan hubungan antara kaum terjejas teruk. Kekejaman pihak Jepun terhadap kaum Cina akibat daripada peperangan dengan kerajaan China pada tahun 1937 adalah kerana tindakan kaum kaum Cina di Tanah Melayu yang memberikan bantuan kepada negara asal mereka menyebabkan wujud perasaan anti-Jepun dan kebencian kebencian terhadap orang Melayu di kalangan orang-orang Cina. Semasa pendudukan tentera Jepun, kaum Melayu diberi layanan yang lebih ‘baik’ berbanding kaum Cina. Mereka dinaikkan pangkat dalam kerajaan dan pergerakan kebangsaan digalakkan contohnya PETA dan KRIS. Pengeksploitasian orang Melayu adalah penting untuk mempertahankan Tanah Melayu nanti (pada waktu itu) jika Tanah Melayu diserang. Masyarakat India pula dipujuk untuk menyertai Tentera Kebangsaan India dalam usaha pembebasan India daripada cengkaman pihak kolonial British.
Dasar Jepun ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Cina terhadap orang Melayu. Beberapa pertempuran telah berlaku selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 . Peristiwa 13 Mei bersangkut paut dengan dasar yang diamalkan oleh pihak British dan Jepun ini. Dasar ini telah melebar luaskan jurang antara kaum. Sudah menjadi hasrat penjajah untuk tidak mahu melihat perpaduan kaum wujud supaya mereka (penduduk Tanah Melayu) tidak bangun menentang untuk mendapatkan kemerdekaan seperti yang berlaku di India.
2. SIKAP TUNKU ABDUL RAHMAN
Dalam Perlembagaan 1957, prinsip Jus Soli telah dimasukkan untuk menjadi sebagai satu cara untuk mendapatkan kerakyatan bagi penduduk bukan Melayu (Cina dan India) di Tanah Melayu. Prinsip ini yang sejak dulu lagi (semasa kehangatan penubuhan Malayan Union lagi) diperkatakan dan mendapat perhatian dan pandangan berbeza daripada dua orang tokoh Melayu iaitu Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman sememangnya mendapat bantahan daripada kaum Melayu.
Cara Tunku untuk mendapatkan sokongan daripada kaum Cina dan India adalah melalui penggunaan prinsip ini untuk mendapatkan hak kerakyatan. Prinsip ini amat memudahkan orang Cina dan India untuk mendapatkan hak kerakyatan. Mereka yang menyokong dasar Dato’ Onn sama sekali tidak mahu Jus Soli dijadikan sebagai satu cara untuk mendapatkan hak kerakyatan di Tanah Melayu. Mereka tidak mahu mengongsikan Tanah Melayu dengan penduduk yang sememangnya jelas bukan penduduk asal Tanah Melayu. Disebabkan dasar Tunku yang menyokong Jus Soli, beliau telah mendapat sokongan kaum Cina dan India dan melalui prinsip ini, sikap ‘berlembut’ Tunku terhadap kaum Cina dan India dapat dilihat meskipun sebenarnya hasrat Tunku tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu dengan lebih cepat dan mudah.
Semasa pilihan raya 1955, MCA telah meminta 15 kerusi. Sepatutnya, MCA hanya layak untuk mendapat 12 kerusi sahaja. Ini berdasarkan kepada peratusan penduduk Cina di Tanah Melayu pada waktu itu. Perikatan (tindakan Tunku Abdul Rahman) telah bersetuju untuk memberikan 3 lagi kerusi kepada MCA pada waktu itu. Begitu juga dengan MIC. Walaupun tiada satu kawasan di Tanah Melayu pada waktu itu yang penduduk Indianya lebih daripada 50%, namun kerajaan (Tunku Abdul Rahman lagi!!) telah memberikan 2 kerusi kepada MIC.
Selain itu, semasa penamaan calon dalam pilihan raya pada tahun 1964, parti PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew telah menyenaraikan 9 orang calon untuk bertanding dalam pilihan raya itu walupun sebelum ini sudah terdapat persetujuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew yang mana PAP tidak akan masuk bertanding dalam pilihan raya itu. PAP berpendapat bahawa mereka adalah parti yang lebih sesuai untuk mewakili kaum Cina di Malaysia. Mereka mendakwa parti MCA tidak layak untuk mewakili kaum Cina.
Semasa berkempen, kedudukan MCA telah tergugat oleh kata-kata pemimpin dari parti PAP. Tindakan PAP ini telah mendapat perhatian daripada Tunku Abdul Rahman yang pada masa itu adalah Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Perikatan. Tunku Abdul Rahman telah mengeluarkan kenyataan yang MCA akan tetap dikekalkan dalam Perikatan meskipun MCA hanya menang empat atau lima kerusi sahaja . Kenyataan Tunku ini telah menyebabkan PAP kalah teruk dimana mereka hanya memenangi satu kerusi sahaja.
Sekali lagi, kesan daripada kenyataan Tunku ini telah menyebabkan PAP berubah hala dengan menentang UMNO pula. Satu perkara yang dianggap sensetif iaitu hak-hak istimewa orang Melayu telah menjadi permainan parti PAP. Bersama-sama Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak, PAP telah mengeluarkan cogan Malaysian Malaysia . Cogan ini bertujuan untuk menghapuskan kedudukan istimewa kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Tindakan PAP ini menimbulkan kemarahan kepada kaum Melayu dan melanggar Perlembagaan Malaysia.
Sikap Tunku ini juga mendapat kecaman Dr. Mahathir (sekarang Tun Dr. Mahathir) melalui suratnya yang ditulis kepada Tunku Abdul Rahman. Beliau telah mengkritik Tunku Abdul Rahman kerana dikatakan sikap Tunku yang terlalu berlembut dengan masyarakat Cina (MCA) yang mahu parti ini tetap dalam Perikatan walaupun MCA kalah dalam pilihan raya. Dr. Mahathir juga menyatakan penghormatan orang Melayu terhadap Tunku sudah mula berkurangan dan berpandangan bahawa sekiranya MCA tidak dikelurkan daripada kabinet, rusuhan yang lebih besar akan berlaku. Sebenarnya, ini merupakan kehendak orang Melayu sendiri memandangkan mereka dapat merasakan orang Cina ini terlalu banyak meminta dan sikap Tunku sendiri yang terlalu banyak memberi dan seperti terlalu memanjakan orang Cina. Sebenarnya, Tunku berlembut dengan masyarakat bukan Melayu adalah untuk menjaga kepentingan dan masa depan politik UMNO yang pada masa itu memang hampir lenyap.
3. PANDANGAN DR. MAHATHIR
Bekas Perdana Menteri Malaysia ini pernah menulis satu buku yang bertajuk The Malay Dilemma dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Dilema Melayu). Dalam bab 2 yang bertajuk Di Mana Silapnya, beliau telah memberikan pendapat beliau bahawa di Tanah Melayu sebelum ini, memang tiada perpaduan antara kaum. Apa yang ada hanyalah kurangnya persengketaan antara kaum secara terang-terangan. Sememangnya tiada keharmonian antara kaum yang wujud sebelum ini.
Selain itu, dalam bukunya itu, beliau menyatakan bahawa kerajaan sebelum tahun 1969 terlalu bongkak dengan suara majoriti. Suara-suara parti pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri langsung tidak diambil peduli lagi. Kaum Melayu memang sudah tidak puas hati dengan kaum Cina yang seperti dimanjakan oleh kerjaan.
Apabila keputusan pilihan raya 1969 diumumkan, seperti yang sudah dijangkakan, Perikatan memenangi pilihan raya seperti pilihan raya sebelum ini. Tetapi apa yang mengejutkan, bilangan kerusi parti Perikatang berkurangan. Pertimbangan kerajaan sudah tidak tentu hala lagi .
Satu tindakan kerajaan yang betul-betul dianggap ***** ialah membenarkan parti penbangkang mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan mereka. Tindakan ini merupakan titik tolak bermulanya pembunuhan dan kemusnahan harta benda yang dianggap sebagai kerugian besar rakyat Malysia.
Dr. Mahathir prnah menyatakan bahawa peristiwa 13 Mei berlaku adalah disebabkan kecenderungan orang-orang Cina mengungkit isu bahasa dan pendidikan. Selain itu, kedudukan kaum Melayu yang dikatakan terlalu daif dalam bidang ekonomi juga turut menyumbang kepada berlakunya peristiwa 13 Mei ini. Orang Melayu telah ditakut-takutkan oleh parti pembangkang bahawa hak-hak istimewa mereka akan lenyap jika parti-parti pembangkang yang akan berkuasa nanti. Oleh itu, ketidakpuashatian orang Melayu ini telah membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969.
4. PILIHAN RAYA 1969
Dalam tahun 1969, Perikatan telah memenangi pilihan raya meskipun dengan jumlah kerusi yang menurun berbanding pilihan raya 1964. Kemenangan Perkatan yang dinggap sebagai satu kemenangan yang paling nipis dalam sejarah Tanah Melayu ini amat mengejutkan mereka. Sekaligus, keputusan pilihan raya ini telah menunjukkan bahawa sokongan rakyat terhadap kerajaan telah berkurangan.
Semasa berkempen, isu-isu perkauman telah telah menjadi modal terutanya oleh parti-parti pembangkang. Disebabkan di Malaysia parti-parti adalah bersifat perkauman, maka setiap parti yang mewakili kaum mereka menuntut hak yang sama rata dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputra dihapuskan. Lim Sun Seng, seorang ahli Parti Buruh Malaya telah mati ditembak oleh pihak polis di Jalan Kepong lantaran daripada perarakan untuk memulaukan pilihan raya. Tindak balas daripada parti tersebut yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Cina ialah perarakan mayat yang diadakan pada 9 dan 10 Mei 1969. Kata-kata kesat seperti ‘Malai Si’ dan ‘hutang darah dibayar darah’ telah diteriakkan terhadap orang-orang Melayu. Ahli-ahli Gerakan dan DAP telah melaung-laungkan kata keji terhadap orang-orang Melayu semasa mereka melalui Kampung Baru. Pada petang 13 Mei 1969, orang-orang Melayu telah berkumpul di hadapan rumah Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris bertujuan untuk mengadakan tunjuk perasaan bagi mewakili UMNO.
Tidak lama selepas itu, rusuhan telah berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina dan mereka membunuh antara satu sama lain. Banyak kebakaran berlaku dan barang-barang dari rumah atau kedai diambil begitu saja. Apabila keadaan tidak dapt dikawal lagi, pihak kerajaan telah mengisytiharkan perintah berkurang pada pukul 8.00 malam 13 Mei 1969.
yang bawah ni adalah faktor2 secara tidak langsung lah yg aku rasa sama gak...punca2 peristiwa 13 mei boleh berlaku
5. BAHASA
Satu lagi isu yang sangat kerap menjadi perhatian, jaga merupakan satu isu yang amat penting dalam pembentukan sesebuah negara bangsa dan merupakan antara fakor utama yang menyebabkan ketiadaan perpaduan antara kaum di Malaysia serta sering menimbulkan persengketaan antara kaum ialah bahasa. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia terdiri daripada tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Sudah semestinya setiap kaum itu mahu bahasa mereka menjadi bahasa yang penting dan menjadi salah satu daripada bahasa kebangsaan di Malaysia.
Dasar Pelajaran Baru yang mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah telah mendapat kecaman daripada kaum Cina. Mereka tidak mahu bahasa ibunda mereka diketepikan begitu sahaja. Mereka berasa risau generasi mereka pada suatu hari nanti akan dinafikan hak mereka terhadap bahasa dan kebudayaan mereka. Masyarakat Cina tidak mahu mereka dan generasi mereka nanti akan mengikut cara hidup masyarakat Melayu dan melupakan sama sekali cara hidup, bahasa sera kebudayaan kaum mereka sendiri. Sebenarnya, masyarakat bukan Melayu di Malaysia sudah bersedia untuk menjadi orang Melaya dari sudut politik tetapi mereka tetap beranggapan dari segi kebudayaan, mereka tetap orang Cina atau orang India .
Sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang diharapkan dapat memupuk generasi muda dalam pembentukan sebuah negara bangsa tidak mendapat sokongan orang Cina. Usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal di Malaysia mendapat tentangan yang cukup hebat. Antara corak tentangan yang telah dijalankan oleh orang Cina adalah seperti menjalankan kempen untuk mendapatkan tandatangan menuntut bahasa Cina juga dijadikan sebagai salah satu bahasa rasmi yang telah dilakukan oleh lebih kurang 1200 pertubuhan kaum Cina pada tahun 1966 . Dalam Dewan Perundangan pula, penggunaan pelbagai bahasa ditentang kuat oleh orang-orang Melayu. Ini juga telah membuatkan isu bahasa ini menjadi semakin hangat. Ketidaksediaan kaum bukan Melayu untuk menerima seratus peratus penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu telah mewujudkan jurang untuk pembentukan satu negara bangsa dan ini menambahkan lagi semangat perkauman di Malaysia.
6. PENDIDIKAN
Penyata Razak yang telah dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein merupakan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Ia juga adalah landasan kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan. Seperti yang kita ketahui, pendidikan dan bahasa adalah berkait rapat antara satu sama lain. Dasar Pelajaran Kebangsaan ini adalah bertujuan untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sisitem pendidikan negara dan menggubal satu sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah di Malaysia termasuk sekolah-sekolah Inggeris, Cina dan Tamil .
Walau bagaimanapun, Dasar Pelajaran Kebangsaan ini ditentang keras oleh golongan bukan Melayu. Mereka berpendapat bahasa Melayu seperti terlalu diagungkan dan pengutamaan bahasa Melayu ini telah mengenepikan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil. Kecaman daripada golongan pendidik Melayu sendiri yang tidak berpuas hati dari segi perlaksanaan dasar ini telah membuka mata parlimen untuk mengkaji semula Penyata Razak.
Laporan Pelajaran Rahman Talib yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961 adalah hasil kajian semula terhadap Penyata Razsk. Penyata ini tetap mengekalkan konsep sekolah pelbagai aliran.Tindakan inilah yang menyebabkan perpaduan kebangsaan sukar untuk dicapai. Namun demikian, kekuatan penyata ini adalah dari segi penggunaan bahasa kebangsaan dalam mata pelajaran Bahasa Melaysia. di sekolah Cina dan Tamil.
Kesimpulannya, bahasa kebangsaan adalah medium terpenting dalam proses mencapai perpaduan kebangsaan. Bahasa kebangsaan juga sepatutnya menjadi asas dalam sistem pelajaran kebangsaaan.
Monday, 20 April 2015
Cable / Orang dalam untuk masuk kerja kerajaan
Assalam Pembaca Budiman,
Pernah dengar tak orang cakap macam ni? 'Dia senang la dapat. Confirm dapat punya. Cable besar tu.'. 'Macam tak ada harapan je aku ni. Tak ada cable bai'. Demikianlah antara ungkapan yang biasa kedengaran bila melibatkan temuduga untuk bekerja di sektor awam.
Korang tau tak cable tu apa? Apa yang dimaksudkan sebagai cable tu? Dalam bidang pencarian kerja especially untuk sektor awam, makna cable bukan lah seperti gambar yang dicedok dari google macam kat bawah ni.. Bukan ye pambaca sekalian.
Cable yang dimaksudkan di sini adalah 'orang dalam' iaitu individu terutamanya family members yang telah sedia ada bekerja atau berkepentingan dalam sesebuah organisasi. Mengikut pengalaman aku, penggunaan cable untuk diterima bekerja dalam sektor awam (post ini mengarah kepada pekerjaan di sektor awam ye) memang berlaku. Sepertimana yang dijawab oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot pada penghujung 2014, penggunaan cable ini memang berlaku tetapi tidaklah semudah yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Antara pengalaman aku adalah apabila aku dipanggil untuk ditemuduga oleh sebuah suruhanjaya. Untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian, cable aku dalam suruhanjaya tu boleh dikatakan agak besar yang mana aku dan kedua orang rakan aku (kelulusan kami kiranya tak sesuai sebenarnya utk mengisi jawatan tersebut..wakakaka...bidang study lain terus daripada jawatan yang dipohon) telah dipanggil untuk temuduga. Aku percaya yang aku dan kedua rakan aku ni dipanggil sebab cable bapak besar wireless fibre optic segala bagai la ditambah lagi dengan surat sokongan daripada seorang menteri yang agak berpengaruh. Namun demikian, kami bertiga tak dapat jugak jawatan tu setelah ditemuduga oleh 5 orang panel tak silap aku. So, apa yang aku dapat simpulkan daripada pengalaman pertama aku ni, walau cable besar macam mana sekalipun, kalau tu bukan rezeki ko, memang ko tak dapat jugak la jang oi...wakakakka...
Semasa aku berkhidmat dengan sebuah badan berkanun, penggunaan cable aku rasa agak meluas di tempat itu. Adik beradik, anak beranak senang-senang ko boleh jumpa kat tempat tu. Aku dapat masuk kat situ pun sebab cable jugak kot. Hahahaha. Kawan aku pun sama jugak. Dia sendiri bagitau aku yang dia pakai cable ayah dia untuk masuk ke sebuah badan berkanun yang lain. Hehe.. So, mungkin disebabkan badan berkanun ni biasanya mengambil pekerja dengan sendiri tanpa melalui SPA, jadi penggunaan cable amat penting ya di sini. Aku pernah bercerita dengan seorang pegawai yang terlibat dalam pengambilan staf baru di tempat tersebut. Dia sendiri pening sebab cable2 besar ni nak orang diorang je diterima masuk bekerja. Kalau requirement dia meet tak apa la jugak. Kalau yang tak meet requirement tu yang pening dia kata. Pegawai tu yang kata naaa..bukan aku. Begitu juga dengan pihak berkuasa tempatan. Semua mau cable besar ooo.... Ada cable, senang.
Walaubagaimanapun, untuk memasuki sektor awam diperingkat persekutuan yang mana pengambilan dijalankan oleh pihak SPA, agak jarang aku dengar penggunaan cable dapat membantu untuk diterima bekerja. Agaknya pihak SPA agak strict dalam proses pengambilan dan pengambilan itu sendiri dijalankan secara telus. Kawan aku kalau nak kira, bapak dia memang somebody la dalam govt tu. Pun tak dapat jugak untuk jawatan yang dia pohon walaupun jawatan tu memang sama dengan jawatan bapak dia sendiri. Payah kan? Tapi tu la.. kalau dah memang rezeki kita kan, ada cable tak kisah lah fibre optic ke wireless ke, insyaAllah tak kan kemana. Alhamdulillah, tanpa penggunaan cable, aku dapat jugak ditawarkan untuk bekerja dengan sektor awam. Apa yang penting aku rasa adalah persediaan sebelum dan semasa ditemuduga. Keyakinan semasa menjawab solan dengan hujah yang baik akan memungkinkan peratusan anda untuk mendapat pekerjaan di sektor awam akan meningkat.
So, apa kesimpulan yang boleh kita buat.
1. Penggunaan cable, kalau meet requirement dan individu tu memang layak untuk sesuatu jawatan tu, bagi aku no problem. Tidak akan menjejaskan sesebuah organisasi itu.
2. Yang menjadi masalah adalah apabila seseorang yang tidak kompeten tapi diambil bekerja dalam sesuatu organisasi disebabkan ada cable / orang dalam. Dah la ko tutup periuk nasi orang yang sepatutnya layak dilantik, ko pulak bakal menjatuhkan prestasi tempat ko diterima bekerja tu sebab ko tak kompeten. Kan tak adil di situ.
Hmmm.. ok lah pembaca budiman sekalian. Setakat ni je la entri untuk kali ni. Jumpa lagi next time.
Assalam.

Thursday, 26 March 2015
Tips Temuduga Pegawai Penyelidik Q41 SPA
Assalam pembaca budiman baik hati semua.
Seperti yang aku post sebelum ni dalam post sebelum ini (apa punya bahasa la kan), mari aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku interview bagi jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41 di bawah MOSTI.
Ok, bagi yang belum tahu, jika anda seorang lelaki dan dipanggil untuk interview di SPA, silalah berpakaian paling kemas dan paling hensem. Kalau boleh dapatkan blazer. Biar nampak yang kita seolah-olah adalah seorang pegawai kerajaan. Dan pakai nametag ye. Buat je nametag murah background hitam tulisan putih tu. Bagi perempuan, macam biasalah. Sopan, kemas dan color yang sesuai la untuk interview. Contoh macam gambar kat bawah ni yang aku cedok daripada website SPA jugak.
Buat pengetahuan rakan-rakan pembaca yang budiman dan baik hati, dalam interview Pegawai Penyelidik di bawah KKM, PTD dan Penguasa Kastam aku sebelum ini, soalan pertama yang aku ditanya bukan lagi 'SILA PERKENALKAN DIRI ANDA'. Biasanya ini adalah soalan popular pertama yang akan ditanya semasa interview kan?... Haaaa..meh aku kisahkan sikit. Soalan pertama yang aku ditanya adalah 'APA PERSEDIAAN YANG ANDA BUAT SEBELUM HADIR TEMUDUGA INI?'. Hehe.. So korang agak apa jawapan yang sesuai. Masa tu macam-macam la aku jawab. Beli buku panduan memasuki perkhidmatan awam la..Membuat pembacaan di internet tentang tugas dan peranan bagi satu skim jawatan tu la.. Buat perbincangan dengan rakan-rakan yang turut sama dipanggil interview la etc etc. Pastu panel tu pun tanya balik, 'TU JE?' LAGI?'. Sambil tersenyum2 buat muka macho ensem lemak berkrim disukai ramai, 'YE, ITU SAHAJA DATUK'. Hahahaha.
Buat pengetahuan korang semua, SPA ada menyediakan KURSUS TIPS MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM secara percuma. Boleh semak di SINI. Yang mana belum join tu, sila lah ye. Free dan dapat sijil yang ditandatangani oleh Tan Sri Pengerusi SPA. Aku join kursus ni untuk persediaan interview yang seterusnya. Siap penceramah kursus tu bagitau, kalau dipanggil interview lagi oleh SPA, boleh bawa sijil ni. Satu advantage la dia kata.
Apabila ditanya berkenaan diri anda, silalah bercerita dengan confident tentang diri anda. Nama, tinggal kat mana, asal mana, background study (study apa, study kat mana - tertiary education je la - tadika semua tu tak payah cerita la), pengalaman kerja. Tu adalah apa yang aku ceritakan. Lepas tu panel tanya lagi tentang mak ayah aku. So, aku pun cerita lah mak ayah aku kat mana sekarang. Kerja diorang n bla bla bla. Dan jugak pasal adik beradik aku, apa kerja diorang segala bagai.
Juga soalan biasa yang ditanya, 'APA KELEBIHAN KAMU BERBANDING CALON LAIN?'. Selain daripada kelebihan dari segi pengalaman di tempat kerja sebelum ini, boleh la jugak cerita pasal kelebihan diri sendiri. Kira jual diri la ni. Berdisiplin, punctual bla bla bla. Bagi la contoh sikit kalau bedisiplin tu macam mana caranya. Punctual tu macam mana and so on.
Disebabkan jawatan yang aku interview tu adalah bagi skim Pegawai Penyelidik Q41, so, soalan berbentuk teknikal pun ditanya dengan banyaknya. Huhu. Berapa jenis air yang ada di makmal. Panel minta penerangan sikit tentang instrumen analitikal di makmal seperti HPLC, GC, Particle Analyzer bla bla bla. Beza bioreactor dan fermenter. Macam mana nak calibrate pH meter. Apa projek Masters yang dibuat dulu. Kenapa tak terus sambung je PhD. Projek macam mana yang aku berminat nak buat kalau dilantik kemudian etc etc etc.
Tak ada lah soalan siapa menteri tu menteri ni, siapa KSN KSU segala bagai. Visi Misi semua tu. Tak ada ok. Tapi sebenarnya panel boleh je tanya sebab masa aku pegi kursus yang aku cakap kat atas tu, panel tak ada pun diarahkan untuk tanya apa. Ikut diorang la nak tanya apa pun kan. Hehe
Last sekali, panel tanya ada apa2 info tambahan tentang aku? Apa lagi, start la jual diri balik. Hehe.. And terus sekian terima kasih. Tak bagi aku peluang pun nak tanya soalan kat diorang. Huhu. Tapi sebenarnya kita boleh je request nak tanya soalan tu. And kemudian aku salam tangan dengan diorang. Masa masuk tak salam pun. Bila keluar baru la aku salam. Hehe.
Alhamdulillah, aku diterima dan ditawarkan untuk jawatan ini. Syukur. So kepada rakan-rakan lain, selamat bertemuduga la ye. Kalau ada rezeki tak kemana. Usaha doa dan tawakkal la kepada Allah.
p/s: tips baik - selalu la bersedekah dan amalkan solat dhuha ye. InsyaAllah akan ada rezeki yang tidak kita sangka-sangka.
Chow dulu.
Wassalam
Seperti yang aku post sebelum ni dalam post sebelum ini (apa punya bahasa la kan), mari aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku interview bagi jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41 di bawah MOSTI.
Ok, bagi yang belum tahu, jika anda seorang lelaki dan dipanggil untuk interview di SPA, silalah berpakaian paling kemas dan paling hensem. Kalau boleh dapatkan blazer. Biar nampak yang kita seolah-olah adalah seorang pegawai kerajaan. Dan pakai nametag ye. Buat je nametag murah background hitam tulisan putih tu. Bagi perempuan, macam biasalah. Sopan, kemas dan color yang sesuai la untuk interview. Contoh macam gambar kat bawah ni yang aku cedok daripada website SPA jugak.
Buat pengetahuan korang semua, SPA ada menyediakan KURSUS TIPS MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM secara percuma. Boleh semak di SINI. Yang mana belum join tu, sila lah ye. Free dan dapat sijil yang ditandatangani oleh Tan Sri Pengerusi SPA. Aku join kursus ni untuk persediaan interview yang seterusnya. Siap penceramah kursus tu bagitau, kalau dipanggil interview lagi oleh SPA, boleh bawa sijil ni. Satu advantage la dia kata.
sijil yang aku dapat la lepas kursus tu |
Apabila ditanya berkenaan diri anda, silalah bercerita dengan confident tentang diri anda. Nama, tinggal kat mana, asal mana, background study (study apa, study kat mana - tertiary education je la - tadika semua tu tak payah cerita la), pengalaman kerja. Tu adalah apa yang aku ceritakan. Lepas tu panel tanya lagi tentang mak ayah aku. So, aku pun cerita lah mak ayah aku kat mana sekarang. Kerja diorang n bla bla bla. Dan jugak pasal adik beradik aku, apa kerja diorang segala bagai.
Juga soalan biasa yang ditanya, 'APA KELEBIHAN KAMU BERBANDING CALON LAIN?'. Selain daripada kelebihan dari segi pengalaman di tempat kerja sebelum ini, boleh la jugak cerita pasal kelebihan diri sendiri. Kira jual diri la ni. Berdisiplin, punctual bla bla bla. Bagi la contoh sikit kalau bedisiplin tu macam mana caranya. Punctual tu macam mana and so on.
Disebabkan jawatan yang aku interview tu adalah bagi skim Pegawai Penyelidik Q41, so, soalan berbentuk teknikal pun ditanya dengan banyaknya. Huhu. Berapa jenis air yang ada di makmal. Panel minta penerangan sikit tentang instrumen analitikal di makmal seperti HPLC, GC, Particle Analyzer bla bla bla. Beza bioreactor dan fermenter. Macam mana nak calibrate pH meter. Apa projek Masters yang dibuat dulu. Kenapa tak terus sambung je PhD. Projek macam mana yang aku berminat nak buat kalau dilantik kemudian etc etc etc.
antara benda yang aku ditanya - cedok dari google |
Tak ada lah soalan siapa menteri tu menteri ni, siapa KSN KSU segala bagai. Visi Misi semua tu. Tak ada ok. Tapi sebenarnya panel boleh je tanya sebab masa aku pegi kursus yang aku cakap kat atas tu, panel tak ada pun diarahkan untuk tanya apa. Ikut diorang la nak tanya apa pun kan. Hehe
Last sekali, panel tanya ada apa2 info tambahan tentang aku? Apa lagi, start la jual diri balik. Hehe.. And terus sekian terima kasih. Tak bagi aku peluang pun nak tanya soalan kat diorang. Huhu. Tapi sebenarnya kita boleh je request nak tanya soalan tu. And kemudian aku salam tangan dengan diorang. Masa masuk tak salam pun. Bila keluar baru la aku salam. Hehe.
Alhamdulillah, aku diterima dan ditawarkan untuk jawatan ini. Syukur. So kepada rakan-rakan lain, selamat bertemuduga la ye. Kalau ada rezeki tak kemana. Usaha doa dan tawakkal la kepada Allah.
p/s: tips baik - selalu la bersedekah dan amalkan solat dhuha ye. InsyaAllah akan ada rezeki yang tidak kita sangka-sangka.
Chow dulu.
Wassalam
Interview SPA (Pegawai Penyelidik, Penguasa Kastam, Pegawai Tadbir dan Diplomatik)
Assalam pembaca.
Terpanggil pulak untuk share tentang interview SPA. Buat pengetahuan pembaca budiman sekalian, sepanjang hidup aku yang dah mencapai 3 series ni, baru 4 kali aku interview dengan panel SPA ni. Panggilan exam dan interview dah banyak kali sebenarnya. Macam mana aku nak mula cerita ni.....
Ok, seperti kebanyakan pencari kerja lain (yang apply SPA la - Gred 41 dan ke atas), jawatan yang biasa kena panggil adalah PTD. Skim M41 ni adalah antara skim yang agak mencabar ye dalam perkhidmatan awam. Boleh tengok kat SINI tentang PTD. 4 kali aku dipanggil exam. Yang first tahun 2008 tapi aku x pegi. Rasa best dah keje masa tu. Kali kedua tahun 2010 kalau tak silap. Pegi tapi result failed. Huhu. Kali ketiga dipanggil exam tapi aku tak pegi (x ingat sebab apa). Kali ke 4 dipanggil untuk exam secara online. Alhamdulillah.....aku lulus dan dipanggil untuk interview. Bagi tips sikit la... interview PTD pada masa aku tu lebih kepada soalan berbentuk pengetahuan am. Tugas-tugas umum PTD, PTD ada tak dalam perkhidmatan awam macam BOMBA, JKR, AGENSI MARITIM etc. Isu semasa tu confirm la. Masa tu cerita pasal banjir yang melanda negara kita baru-baru ni. Ada member aku kena lagi teruk. Dia kena tanya tentang akta kewangan yang digunapakai oleh kerajaan. Memang menggelupur la si kawan. hahahaha... Tapi tu la. Bukan rezeki aku kot. Failed. Huhu
Exam untuk Penguasa Kastam pun aku dipanggil jugak. Alhamdulillah. Lulus dan dipanggil untuk interview. Ramai kot masa tu dipanggil. Siap ada group kat Facebook lagi. Ramai la buat discussion kat situ. Soalan2 yang ditanya, semua diorang discuss kat situ. Aku cuma jadi silent reader sahaja. Hehe.. Bleh tengok kat SINI tentang penguasa kastam. Mungkin disebabkan kelulusan aku yang bukan2 ni, ditambah lagi dengan pengetahuan pasal kastam yang tak seberapa berkenaan cukai2 negara, GST segala bagai tu, hasilnya aku failed jugak. Huhu. Bukan rezeki la tu.
Jawatan ketiga yang aku pernah kena panggil interview adalah Pegawai Penyelidik Q41 (lebih dikenali sebagai RO - Research Officer). 3 kali aku dapat panggilan interview bagi jawatan ni. Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, skim Q41 ni biasanya tiada exam, Terus interview. Yang first, jawatan RO untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kebiasaannya, interview bagi skim Q41 ni soalan lebih berbentuk teknikal. Siap tanya aku bagaimana nak calibrate micropipette. 1ml sama tak dengan 1g. Macam2 lagi la soalan teknikal. Apa projek Masters aku. Projek FYP aku. Research yang macam mana aku nak buat kalau aku diambil sebagai RO di KKM. Masa tu bleh pulak aku dengan gembiranya bercerita tentang projek kelapa sawit kan. Hahahaha.. Panel tu siap cakap lagi, 'Sepatutnya awak gi interview dengan MPOB ni'. Hahahaha. Andailah semudah itu nak cari keje kan. Apply kat MPOB tak pernahnya dapat. huhu. Hasilnya aku failed untuk RO kat KKM tu.
Interview kali kedua utk Q41 kat MOSTI. Yang ini alhamdulillah. Aku berjaya ditawarkan untuk jawatan ini. Syukur la nak. Nanti aku cerita sikit pengalaman aku interview yang ni kat post seterusnya. Ada satu lagi interview Q41 kat SPA. Sepatutnya 2 hari lepas. Tapi aku tak pegi la sebab dah dapat yang satu ni. Alhamdulillah. Bagi besar sikit peluang kepada rakan2 lain yang sedang cari kerja. At least peratusan yang dtg interview kurang la sikit kan. Hehe.

Labels:
diplomatik,
kastam,
pegawai,
penyelidik,
spa,
tadbir,
temuduga
Monday, 16 March 2015
Assalamualaikum
Kiniku kembali. Setelah lama meninggalkan dunia blog, kini aku kembali. Mungkin sebab banyak masa yang terluang, so aku mengambil kesempatan untuk kembali ke dunia blog ini. Jumpa di lain post.
Subscribe to:
Posts (Atom)